Dibangunkan oleh Biro Penerangan Surau Nurul Jannah untuk mendekatkan jemaah dengan aktiviti surau tanpa mengambilkira latarbelakang politik
Sunday, 5 February 2012
Saturday, 4 February 2012
Salam Maulidur Rasul
Memperingati
dan Merindui Rasulullah melalui Maulidur Rasul
Semoga Rabiul Awwal mampu mengukuh dan
mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin. Syahadah
yang diucap adalah asas ikatan iaitu pengakuan yang satu, “ Sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah ”.Allah
SWT memputerakan daripada seorang wanita bernama Aminah pada hari Isnin 12
Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571M, seorang Nabi dan Rasul terakhir
bernama Muhammad. Ayahanda baginda bernama Abdullah wafat semasa putera ini
masih berada dalam kandungan bondanya. Datuknya Abdul Muthalib adalah daripada
keturunan Arab Quraisy, yang jurai salasilah moyangnya yang bernama Qusai bin
Kilab, seorang pemimpin Arab yang masyhur kerana jasanya telah berjaya
menyatukan bangsa Arab satu ketika dahulu.Lahirnya putera ini, bapa saudara
baginda yang paling gembira adalah Abu Lahab sehinggakan diriwayatkan bahawa
beliau telah menyembelih 100 ekor unta dan dijamu kepada kaum kerabat dan
pembesar-pembesar quraisy.
Manakala datuk baginda Abdul
Muthalib pula diceritakan telah membawa baginda mengelilingi kaabah sebanyak
tujuh kali bagi melahirkan rasa kegembiraan lahirnya putera ini.Dinyatakan di
dalam kitab sirah nabawiyah karangan Syeikh Ali Mansur bahawa salah seorang
bapa saudara baginda yang juga seorang pemimpin Quraisy yang terkenal dikenali
dengan panggilan Abu Lahab telah menyembelih 100 ekor unta kemudian memanggil
kaum kerabat, juga pemimpin-pemimpin Arab bagi menyambut keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w kemudiannya telah didukung manja oleh
datuknya Abdul Muthalib dan dibawa tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh
kali. Ketika berusia 40 tahun, Rasulullah S.A.W telah membedah
kepercayaan masyarakat Jahiliyyah dengan risalah Tauhid bagi membelah keyakinan
Arab yang musyrik bertuhankan makhluk kepada keyakinan bertuhankan Allah Yang
Esa.
Selama 13 tahun berada di
Mekah baginda telah meletakkan dasar Aqidah dengan menanamkan di dada para
sahabat asas-asas keimanan yang mantap dan kukuh. Keimanan ini diuji oleh Allah
SWT dengan penyiksaan yang dilakukan oleh golongan quraisy ini sehinggalah
Allah memerintahkan supaya orang-orang Islam Mekah ini berhijrah ke
Madinah. 10 tahun di Madinah barulah syariat-syariat lain diturun dan diamalkan
oleh umat Islam.
Kumpulan masyarakat yang
menerima dakwah di Mekah dan berhijrah ke Madinah dipanggil dengan golongan
Muhajirin. Manakala penduduk Madinah yang datang ke Mekah ketika musim Haji
kemudian kembali ke Madinah dengan berjanji taat setia untuk membela Rasulullah
SAW dipanggil dengan golongan Ansar. Nabi
SAW telah berjaya membuat satu revolusi dunia dengan menjadikan kota Madinah
sebagai Negara Islam pertama di dunia. Penduduk Madinah bukan sahaja telah
dibimbing dengan keagamaan oleh seorang Nabi dan Rasul tetapi bermula daripada
situlah sebuah negara yang berperlembagaan dapat ditubuhkan yang hanya
bermula dari sebuah masjid iaitu Masjid an Nabawi. Pengisytiharaan Negara
Madinah telah menyebabkan perubahan besar berlaku dan berkembang pesat.
Wujudnya satu sistem sosial, ekonomi dan politik yang baru di zaman tersebut.
Nabi s.a.w dilantik sebagai ketua negara yang berpandukan kepada
berperlembagaan yang diberi nama Sahifah Madinah.
Satu sistem syura diwujudkan
oleh Baginda dengan kepimpinan oleh barisan para menteri yang soleh dan
bertaqwa. Benarlah firman Allah di dalam surah Yunus ayat 49 :
yang bermaksud: “ Tiap-tiap umat itu mempunyai ajal,
apabila telah tiba ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkanya barang
sesaat ataupun mendahulukannya ” . Tanda-tanda pemergian
Rasulullah SAW telah dapat dirasai oleh para sahabat setelah pembukaan kota
Mekah. Firman Allah di dalam surah An Nasr, ayat 1 yang bermaksud: “
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia
masuk agama Allah dengan berbondong-bondong ”. Turunnya ayat 3 surah al
Maidah, maksudnya: “ Hari ini telah aku sempurnakan bagi
kamu agamamu, telah aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan Aku redha Islam itu
sebagai agama kamu ”
Kepulangan baginda ke hadrat
Yang Maha Esa tepat pada tarikh keputeraan baginda pada 12 Rabiulawal tahun 11
Hijrah bersamaan 7 Jun 633 M ketika berusia 63 tahun. Kesedihan dan kehilangan baginda bukan
kepalang hinggakan saidina Umar r.a menyatakan barangsiapa yang menyatakan
bahawa Rasulullah telah wafat pasti akan dipancung lehernya. Sehinggalah ia
ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Kata-kata Saidina Abu Bakar yang
dibacanya dari surah al Ahzab ayat 40, yang bermaksud: “ Muhamamd itu
sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia
adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi ”.
Begitulah kecintaan para
sahabat dan ratapan serta tangisan kehilangan baginda SAW. Ketiadaan dan
kehilangannya sentiasa dirasai sehinggalah zaman ini. Generasi terdahulu telah
menetapkan hari keputeraan baginda bagi memperingati Rasulullah s.a.w. Justeru itu, kita hari ini telah
meneruskan sambutan itu bagi melahir dan menanamkan perasaan kasih dan cinta
kepada Rasulullah Saw.
CINTA KEPADA
NABI MUHAMMAD S.A.W
Firman
Allah Taala yang bermaksud :
Katakanlah:
“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi
dan mengampuni dosa-dosamu.”Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah Ali Imran : ayat 31)
Dari Anas r.a
dari Nabi s.a.w bersabda:
“Tiga
perkara, barangsiapa yang terdapat padanya maka ia mendapat kemanisan iman
iaitu ia mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada selain daripada keduanya.
Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali ke alam
kekufuran sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”.
Dalam satu hadis yang lain Rasulullah saw menyatakan
:“ Barangsiapa yang kasih akan daku, maka ia akan bersamaku di
syurga kelak ”
BENARKAH
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SUATU BID’AH
Dr. Yusuf al-Qaradawi, Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa,
membolehkan perayaan Maulid Nabi Muhammad SAW. Perayaan seperti itu
dibolehkan bagi mengingati kembali sirah perjuangan Rasulullah SAW,
keperibadian Rasulullah SAW yang agung, dan misi yang dibawanya daripada
Allah SWT kepada alam semesta. Menurut al-Qaradawi, perayaan Maulid
Nabi SAW tidak termasuk dalam kategori bid'ah.
Dalam fatwanya, al-Qaradawi melandaskan pendapatnya
dengan mengatakan bahawa memperingati kelahiran Rasulullah SAW adalah
mengingatkan umat Islam terhadap nikmat luar biasa kepada mereka.
"Mengingati nikmat Allah adalah sesuatu yang disyariatkan, terpuji dan
memang diperintahkan. Allah SWT memerintahkan kita untuk mengingat nikmat
Allah SWT, " ujar al-Qaradawi.
Namun demikian, al-Qaradawi juga mengatakan
bahawa sambutan Maulid Nabi SAW jangan sampai dicampuri dengan
pelbagai ragam kemungkaran dan penyimpangan syariat serta melakukan apa yang
tidak diperintah langsung oleh Allah SWT.
"Menganggap peringatan Maulid
adalah bid'ah dan semua bid'ah itu sesat dan tempatnya di neraka, itu tidak
benar sama sekali. Yang kita tolak adalah mencampurkan peringatan itu dengan
berbagai penyimpangan syariah Islam dan melakukan sesuatu yang tidak
diperintahkan langsung oleh Allah SWT seperti yang terjadi di
sebahagian tempat," kata al-Qaradawi.
Fatwa al-Qaradawi dikeluarkan untuk menjawab
pertanyaan sejumlah umat Islam yang menanyakan, "Apa hukumnya merayakan
Maulid Nabi SAW dan perayaan Islam lainnya, seperti perayaan tahun baru
hijriyah, Isra Mi'raj dan lain-lain?" Maka, al-Qaradawi menjawab antara
lain bahawa, "Mengingat nikmat itu diperintahkan, terpuji dan
memang dianjurkan. Mengingatkan umat Islam dengan berbagai peristiwa penting
dalam sejarah Islam yang di dalamnya terdapat pelajaran yang bermanfaat, bukan
sesuatu yang tercela, dan tidak boleh disebut sebagai bid'ah atau kesesatan.
"
Beliau menambah,
"Termasuk tanggungjawab kita adalah mengingati sirah perjalanan
Rasulullah SAW dalam sambutan peringatan. Ini bukan peringatan yang
bid'ah. Kerana kita mengingatkan manusia dengan Sirah Nabawiyah yang
mendekatkan mereka dengan misi Muhammad SAW. Ini adalah kenikmatan luar biasa.
Adalah dahulu para sahabat radhiallahu anhum kerap mengingati
Rasulullah SAW dalam pelbagai kesempatan. "
Antara contohnya, al-Qaradawi
menyebutkan, ungkapan seorang sahabat Sa'd bin Abi Waqqas radhallahu
anhu, "Kami selalu mengingatkan anak-anak kami dengan peperangan yang
dilakukan Rasulullah SAW sebagaimana kami menjadikan mereka menghafal satu
surah dalam Al-Quran." Ungkapan ini, menurut al-Qaradawi menjelaskan bahawa
para sahabat kerap menceritakan apa yang terjadi dalam perang Badar, Uhud dan
lain-lain, kepada anak-anak mereka, termasuk peristiwa saat perang Khandaq dan
Bai'atur Ridhwan."
Sambutan
Maulidur Rasul memang tidak dilakukan pada zaman sahabat. Sambutan ini mula
dilakukan di era tabiin iaitu generasi ketiga selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w.Imam Syafie r.a mentakrifkan Bid’ah kepada 2 bentuk; pertama apa juga
bentuk perkara yang lakukan bersalahan dengan al quran atau sunnah atau ijma’
atau asar maka ia adalah Bid’ah
Dholalah. Manakala apa juga perkara kebaikan yang
dilakukan tiada bersalahan dengan al Quran, Sunnah, Ijma’ dan asar maka ia
adalah Bid’ah Hasanah.Bid’ah dholalah boleh kita lihat contohnya seperti sembahyang diwajibkan lima
waktu sehari semalam tetapi direka atau ditambah kepada 6 waktu.Dakwaan solat
hanya memadai dengan niat sahaja tanpa perbuatan seperti yang dilakukan oleh
sesetengah ajaran yang mendakwa sebagai ilmu makrifat juga tergolong dalam
bid’ah ini.
Bid’ah
Hasanah yang dikira elok dan membantu memperkukuh dan memelihara sunnah.
Bid’ah seperti ini walaupun tidak dilakukan oleh Rasulullah saw tetapi terdapat
dalil-dalil umum dari al-quran atau hadis menyuruh atau menggalakkannya.
Contohnya penulisan al quran daripada hafalan-hafalan para sahabat yang hufaz
dibimbangi pada ketika itu ramai sahabat yang gugur syahid di dalam peperangan
Fi Sabilillah lalu Khalifah Saidina Uthman telah mengarahkan supaya
ditulis al Quran. Justeru itu hukumnya dihukum oleh ashabus Syafie adalah wajib.
Bid’ah Hasanah ini juga adakala hukumnya menjadi sunat, makruh dan harus.
Diriwayatkan
dari Imam At tarmizi, Abu Dawud, Imam Ahmad dan Ibnu Majah bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
“ Wajib ke atas kamu untuk mendengar dan patuh, meskipun ia (pemerintah)
itu seorang Habsyi, kerana sesungguhnya barangsiapa di antara kamu yang hidup
maka ia akan melihat banyak perbezaan-perbezaan, maka wajib ke atas kamu untuk
menetapi sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar Rashidin yang mendapat petunjuk.
Gigitlah ( peganglah ) ia dengan geraham ( erat-erat) dan takutlah kamu
terhadap hal-hal yang baru kerana setiap Bid’ah itu adalah sesat ”.
BATAS-BATAS SYARAK YANG PERLU DIJAGA UNTUK MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Majlis Sambutan
Maulidur Rasul yang hendak diadakan mesti menjaga perkara-perkara berikut
:
1.
Pakaian –
hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan tidak mendedahkan aurat. Tidak
berhias secara berlebihan iaitu bertabarruj ala Jahiliyyah. Firman Allah yang
bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap di
rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang
Jahiliyyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah
Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari
kamu hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. (Surah al-Ahzab: ayat 33).
2. Pengisian yang bermanfaat dan tiada perkara
maksiat dan tidak menimbulkan permusuhan di kalangan
masyarakat.
3. Tidak menyanyi lagu-lagu yang melalaikan dan memuji selain
daripada Allah dan Rasul. Tidak menyiarkan suara wanita yang mendayu-dayu
dikhalayak ramai sehingga menimbulkan fitnah dikalangan kaum lelaki.
4. Alatan muzik yang digunakan mestilah yang diharuskan oleh
syara’.
5. Tidak melakukan pembaziran seperti kewangan, makanan, hiasan dan
lain-lain.
6.
Jamuan atau sumber makanan
yang dijamu adalah mesti halal. Ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang
bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan
syaitan itu sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah Al-Israk:
ayat 27).
7. Tiada percampuran antara lelaki dan wanita . Mengasingkan tempat
duduk antara mereka.
HIKMAH MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Hikmah diadakan hari
Sambutan Maulidur Rasul adalah berikut :
1. Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2. Peluang dakwah kepada masyarakat
3. Menyatupadukan umat Islam
4. Mewujudkan mahabbah dan mengeratkan silaturahim
5. Menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi
6. Menghayati kehebatan akhlak dan keperibadian Rasulullah s.a.w.
7. Menjinakkan generasi muda agar cenderung kepada agama Islam
sebagai generasi pelapis.
8. Penyebaran ilmu dan syiar Islam
9. Memberikan informasi semasa
Wassalam.
Selamat
menyambut Maulidur Rasul
Sumber: AJK Biro Dakwah Surau Nurul Jannah
Tuesday, 17 January 2012
Zikir selepas solat
Keutamaan Berzikir
Di dalam Al-Qur`an dan As-Sunnah diterangkan tentang keutamaan berdzikir kepada Allah, baik yang sifatnya muqayyad (tertentu dan terikat) yaitu waktu, bilangannya dan caranya terikat sesuai dengan keterangan dalam Al-Qur`an dan As-Sunnah, tidak boleh bagi kita untuk menambah atau mengurangi bilangannya, atau menentukan waktunya tanpa dalil, atau membuat cara-cara berdzikir tersendiri tanpa disertai dalil baik dari Al-Qur`an ataupun hadits yang shahih/hasan, seperti berdzikir secara berjama’ah (lebih jelasnya lihat kitab Al-Qaulul Mufiid fii Adillatit Tauhiid, Al-Ibdaa’ fii Kamaalisy Syar’i wa Khatharul Ibtidaa’, Bid’ahnya Dzikir Berjama’ah, dan lain-lain).
Atau dzikir-dzikir yang sifatnya muthlaq, yaitu dzikir di setiap keadaan baik berbaring, duduk dan berjalan sebagaimana diterangkan oleh ‘A`isyah bahwa beliau berdzikir di setiap keadaan (HR. Muslim). Akan tetapi tidak boleh berdzikir/menyebut nama Allah di tempat-tempat yang kotor dan najis seperti kamar mandi atau wc.
Diantara ayat yang menjelaskan keutamaan berdzikir adalah:
1. Firman Allah,
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ
“Karena itu, ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepada kalian, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari (nikmat)-Ku.” (Al-Baqarah:152)
2. Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
“Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzaab:41)
3. Firman Allah, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar/jujur, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bershadaqah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzaab:35)
4. Firman Allah,
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِين
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Al-A’raaf:205)
Adapun di dalam As-Sunnah, Diantaranya:
1. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
“Permisalan orang yang berdzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berdzikir kepada Allah adalah seperti orang yang hidup dan mati.” (HR. Al-Bukhariy no.6407 bersama Fathul Bari 11/208 dan Muslim 1/539 no.779)
Adapun lafazh Al-Imam Muslim adalah,
مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِيْ يُذْكَرُ اللهُ فِيْهِ وَالْبَيْتِ الَّذِيْ لاَ يُذْكَرُ اللهُ فِيْهِ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
“Permisalan rumah yang di dalamnya disebut nama Allah dan rumah yang di dalamnya tidak disebut nama Allah adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
2. Dari ‘Abdullah bin Busrin radhiyallahu ‘anhu bahwa ada seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ya Rasulullah, sesungguhnya syari’at Islam telah banyak atasku, maka kabarkan kepadaku dengan sesuatu yang aku akan mengikatkan diriku dengannya?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ
“Hendaklah lisanmu senantiasa basah dengan dzikir kepada Allah.” (HR. At-Tirmidziy 5/458 dan Ibnu Majah 2/1246, lihat Shahiih Sunan At-Tirmidziy 3/139 dan Shahiih Sunan Ibni Maajah 2/317)
3. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُوْلُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
“Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah maka dia mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf.” (HR. At-Tirmidziy 5/175, lihat Shahiih Sunan At-Tirmidziy 3/9 serta Shahiihul Jaami’ Ash-Shaghiir 5/340)
Dzikir-dzikir Setelah Salam dari Shalat Wajib
Diantara dzikir-dzikir yang sifatnya muqayyad adalah dzikir setelah salam dari shalat wajib. Setelah selesai mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri, kita disunnahkan membaca dzikir, yaitu sebagai berikut:
1. Membaca:
أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
“Aku meminta ampunan kepada Allah (tiga kali). Ya Allah, Engkaulah As-Salaam (Yang selamat dari kejelekan-kejelekan, kekurangan-kekurangan dan kerusakan-kerusakan) dan dari-Mu as-salaam (keselamatan), Maha Berkah Engkau Wahai Dzat Yang Maha Agung dan Maha Baik.” (HR. Muslim 1/414)
2. Membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ, اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menolak terhadap apa yang Engkau beri dan tidak ada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tolak dan orang yang memiliki kekayaan tidak dapat menghalangi dari siksa-Mu.” (HR. Al-Bukhariy 1/255 dan Muslim 414)
3. Membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah dan kami tidak beribadah kecuali kepada Allah, milik-Nya-lah segala kenikmatan, karunia, dan sanjungan yang baik, tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, kami mengikhlashkan agama untuk-Nya walaupun orang-orang kafir benci.” (HR. Muslim 1/415)
4. Membaca:
سُبْحَانَ اللهُ
“Maha Suci Allah.” (tiga puluh tiga kali)
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
“Segala puji bagi Allah.” (tiga puluh tiga kali)
اَللهُ أَكْبَرُ
“Allah Maha Besar.” (tiga puluh tiga kali)
Kemudian dilengkapi menjadi seratus dengan membaca,
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
“Barangsiapa mengucapkan dzikir ini setelah selesai dari setiap shalat wajib, maka diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (HR. Muslim 1/418 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Ada dua sifat (amalan) yang tidaklah seorang muslim menjaga keduanya (yaitu senantiasa mengamalkannya, pent) kecuali dia akan masuk jannah, dua amalan itu (sebenarnya) mudah, akan tetapi yang mengamalkannya sedikit, (dua amalan tersebut adalah): mensucikan Allah Ta’ala setelah selesai dari setiap shalat wajib sebanyak sepuluh kali (maksudnya membaca Subhaanallaah), memujinya (membaca Alhamdulillaah) sepuluh kali, dan bertakbir (membaca Allaahu Akbar) sepuluh kali, maka itulah jumlahnya 150 kali (dalam lima kali shalat sehari semalam, pent) diucapkan oleh lisan, akan tetapi menjadi 1500 dalam timbangan (di akhirat). Dan amalan yang kedua, bertakbir 34 kali ketika hendak tidur, bertahmid 33 kali dan bertasbih 33 kali (atau boleh tasbih dulu, tahmid baru takbir, pent), maka itulah 100 kali diucapkan oleh lisan dan 1000 kali dalam timbangan.”
Ibnu ‘Umar berkata, “Sungguh aku telah melihat Rasulullah menekuk tangan (yaitu jarinya) ketika mengucapkan dzikir-dzikir tersebut.”
Para shahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dikatakan bahwa kedua amalan tersebut ringan/mudah akan tetapi sedikit yang mengamalkannya?“
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Syaithan mendatangi salah seorang dari kalian ketika hendak tidur, lalu menjadikannya tertidur sebelum mengucapkan dzikir-dzikir tersebut, dan syaithan pun mendatanginya di dalam shalatnya (maksudnya setelah shalat), lalu mengingatkannya tentang kebutuhannya (lalu dia pun pergi) sebelum mengucapkannya.” (Hadits Shahih Riwayat Abu Dawud no.5065, At-Tirmidziy no.3471, An-Nasa`iy 3/74-75, Ibnu Majah no.926 dan Ahmad 2/161,205, lihat Shahiih Kitaab Al-Adzkaar, karya Asy-Syaikh Salim Al-Hilaliy 1/204)
Kita boleh berdzikir dengan tasbih, tahmid dan takbir masing-masing 33 kali dengan ditambah tahlil satu kali atau masing-masing 10 kali, yang penting konsisten, jika memilih yang 10 kali maka dalam satu hari kita memakai dzikir yang 10 kali tersebut.
Hadits ini selayaknya diperhatikan oleh kita semua, jangan sampai amalan yang sebenarnya mudah, tidak bisa kita amalkan.
Tentunya amalan/ibadah semudah apapun tidak akan terwujud kecuali dengan pertolongan Allah. Setiap beramal apapun seharusnya kita meminta pertolongan kepada Allah, dalam rangka merealisasikan firman Allah,
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
“Hanya kepada Engkaulah kami beribadah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.” (Al-Faatihah:4)
5. Membaca surat Al-Ikhlaash, Al-Falaq dan An-Naas satu kali setelah shalat Zhuhur, ‘Ashar dan ‘Isya`. Adapun setelah shalat Maghrib dan Shubuh dibaca tiga kali. (HR. Abu Dawud 2/86 dan An-Nasa`iy 3/68, lihat Shahiih Sunan At-Tirmidziy 2/8, lihat juga Fathul Baari 9/62)
6. Membaca ayat kursi yaitu surat Al-Baqarah:255
Barangsiapa membaca ayat ini setiap selesai shalat tidak ada yang dapat mencegahnya masuk jannah kecuali maut. (HR. An-Nasa`iy dalam ‘Amalul yaum wal lailah no.100, Ibnus Sunniy no.121 dan dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy dalam Shahiihul Jaami’ 5/339 dan Silsilatul Ahaadiits Ash-Shahiihah 2/697 no.972)
7. Membaca:
اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Sebagaimana diterangkan dalam hadits Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang kedua tangannya dan berkata, “Ya Mu’adz, Demi Allah, sungguh aku benar-benar mencintaimu.” Lalu beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepadamu Ya Mu’adz, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan di setiap selesai shalat, ucapan...” (lihat di atas):
“Ya Allah, tolonglah aku agar senantiasa mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu.” (HR. Abu Dawud 2/86 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albaniy dalam Shahiih Sunan Abi Dawud 1/284)
Do’a ini bisa dibaca setelah tasyahhud dan sebelum salam atau setelah salam. (‘Aunul Ma’buud 4/269)
8. Membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Dibaca sepuluh kali setelah shalat Maghrib dan Shubuh. (HR. At-Tirmidziy 5/515 dan Ahmad 4/227, lihat takhrijnya dalam Zaadul Ma’aad 1/300)
9. Membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” Setelah salam dari shalat shubuh. (HR. Ibnu Majah, lihat Shahiih Sunan Ibni Maajah 1/152 dan Majma’uz Zawaa`id 10/111)
Semoga kita diberikan taufiq oleh Allah sehingga bisa mengamalkan dzikir-dzikir ini, aamiin.
Wallaahu A’lam.
Maraaji’: Hishnul Muslim, karya Asy-Syaikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthaniy, Shahiih Kitaab Al-Adzkaar wa Dha’iifihii, karya Asy-Syaikh Salim Al-Hilaliy dan Al-Kalimuth Thayyib, karya Ibnu Taimiyyah.
Sumber: Klik
Doa Qunut
Berikut Bacaan Doa Qunut dan Terjemahannya :
1. Allahummahdini fiiman hadaiit
Artinya :
” Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. “
2. wa ‘afinnii fiiman ‘afait..
Artinya :
” Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. “
3. watawallanii fiiman tawallaiit..
Artinya :
” Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. “
4. wabaariklii fiima a’thoaiit..
Artinya :
” Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. “
5. wakinii (birrohmatika ) syarromaa qodhoiit..
Artinya :
” Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. “
6. fainna kataqdhii walayuqdhoo ‘alaik..
Artinya :
” Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. “
7. wainnahu layadilluman walaiit..
Artinya :
” Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “
8. wala yaidzuman ‘adaiit..
Artinya :
” Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. “
9. Tabaarokta robbana wata ‘alaiik..
Artinya :
” Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi “
10. falakalhamdu ‘alama qodhoiit..
Artinya :
” Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. “
11. wa astaghfiruka wa atuubu ilaiik..
Artinya :
” Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. “
Shalawat Nabi Muhammad SAW
washallallahu ‘ala Sayyidinaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aalihi washohbihi wasallam..
Sumber: Klik
Subscribe to:
Posts (Atom)