Friday, 23 December 2011

Buku-buku atau terbitan yang diharamkan


Tarikh Keputusan: 
 1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Nama buku-buku atau terbitan yang diharamkan
Keputusan: 
Majlis mengisytiharkan bahawa buku-buku atau terbitan yang tersenarai dalam jadual sebagai terbitan haram kerana mengandungi perkara berlawanan dengan hukum Syarak dan atau ajaran agama Islam.
Jadual:
1) The Sufi's People Of The Path Vol.1 &2
Bhagwan Shree Rajnesh
Usha Offset Printers, Bombay,India
2) Until You Die,Discourses On The Sufi Way
Bhagwan Shree Rajnesh
Mo. Yoga Lazemi, Rajnesh Foundation Shree Rajnesh Ashram, India
3) Al-Quran Tentang Manusia dan Ekonomi , Al-Quran Tentang Manusia
dan Masyarakat, Al-Quran Tentang Manusia dan Syalat, Puasa dan
Waktu
Nazwar Syamsu
Thinker's Library Sdn. Bhd. Johor Bahru
4) Understanding Islam An Introduction To The Muslim World
Thomas W. Lippmer
A Mentor Book New American Library, New York 1982
5) Ilmu Qiraat Al-Quran (Qiraat Tujuh)
Drs. Abdul Malik Yamint
Pustaka Antara, Kuala Lumpur
6) Studies On Islam A Simple Outline Of The Islamic Faith
Jack Budd
Made and Printed in Great Britain by Stanley L.Hunt(Printers)
Ltd., Rushdan Northants
7) The Collection Of The Quran
John Burton
The Syndicate of The Cambridge University Press
8) Kafir Mengkafir Siapakah Yang Kafir
Khalid Salleh
Tintms 34, Jalan 10 Gombak, Selangor
9) Gayong Bersambut
Hashim A. Ghani
KTF Institut 31, Wisma Sentosa, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
10)Muhammad
Michael Cook
Oxford, New York Oxford University Press
11)Miracles & Metaphors
Mirza Abdul Fadl Gulpaygani (Terjemahan Juan Ricard Cole)
Kalimat Press 1088, Wilshire Baulevard Suite 700, Los Angeles
CA 90024
12)Hadis Satu Penilaian Semula
Kassim Ahmad
Media Intelek Sdn. Bhd., Tingkat 2B, Wisma FAM, Petaling Jaya
13)Rahsia Mengenal Diri 1
Al-Ustaz Hal Azwan
Cetak Khidmat (M) Sdn. Bhd. Lot 10-2B, Jalan Besar Ampang, 68000
Ampang, Selangor.
14)Rahsia Mengenal Diri 2,3 dan 4
Al-Ustaz Hal Azwan
Percetakan Istiramai Enterprise Sdn. Bhd. Taman Nirwana, Ampang
15)The 100 A Ranking Of The Most Influential Persons In History
Michael H.Hart
Golden Books Centre Sdn. Bhd., No. 26, Jalan Daud, Kampung Baru,
Kuala Lumpur
16)Tafsir Al-Mizan Mengupas Ayat-Ayat Roh Dalam Alam Barzakh
(Terjemahan) Judul Asal : Al-Mizan For Tafsir Al-Quran
Allamah Sayyid Muhammad Husein Thabathaba'i, Penterjemah :
Syamsuri Rifai
C.V Firdaus Jln. Keramat Sentiong MAsjid No. E 105. Tel:310479
Jakarta Pusat
17)Seri Dasar-Dasar Filsafat Islam Prinsip-Prinsip ISlam (Dalam Al-
Quran)
Dr. Bahesty dan Dr. Bahanor ; Terjemahan: Sofyan Abu Bakar
Risalah Masa, Jln. Awakydub II, No 8 ; Tel:3102910 Tanah
Abang . Jakarta Pusat
18)Islamic Sufism
Capt. Wahid Bakhsh Rabani Allah Abad, India
A.S Noordeen G.P.O Box 10066, 50704 Kuala Lumpur
19)Mujarobat Melayu
-
Maktabah Matbaah Darul Maarif 173-C Sungai Pinang Road, Pulau
Pinang
20)Taqwa Bekalan Menuju Akhirat
Mohd. Fadli bin Ismail
Pustaka Al-Irshad, 43A, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr.
Ismail, 60000 Kuala Lumpur
21)"Pembelaan ..."
Paul Tan Chee Ing. S.J
Pusat Penyelidik Katolik
22)Islam A Christian Witness
Martin Goldsmith
Send The Light (Corporation Mobilixation) P.O. Box 48, Bremley
Kent, England
Holder And Stoughtan England 1982
23)Conspiracies Againt The Quran
Sayed Abdul Wadud
Zalfhan Publishers Kuala Lumpur
24)A History Of God
Karen Amstrong
Ballatine Books Random House Inc. New York
25)Nur Muhammad S.A.W
Penyusun: Salim Osman
-
26)Pedoman Fardhu Ain Buku 1 dan 2
Penyusun: Abu Abdul Rahman An Nairuisy
Syarikat Nurulhas P.O.Box 194, Gombak, 53700 Kuala Lumpur
27)Akhirnya Ku Temukan Kebenaran ; Judul Asal:Thumma Ihtadaitu;
Edisi Inggeris: Then I Was Guided
Muhammad Al-Tijani As-Samawi ; Penterjemah: Syed Husein Shahab
-
28)The Torn Veil
Thelma Sangster
Marshall Morgan & Scott
29)Beyond The Mosque
Phil Parshall
-
30)Sembahyang Rasulullah
Us. Abu Bakar Al-Asyari
Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur
31)Religion East And West
Ward J. Fellows
Holt Rinehast and Winston
32)Keutamaan Budi Dalam Islam
Mohamad Fadlohi H.S
Al-Ikhlas, Srabaya, Indonesia
33)Introduction to The Quran
Montgomey Watt & Richard Bell
-
34)The Islamic Movement And The Threat To Western Civilization
Richard Veville Sanderson
The American Classical College Press, P.O.Box 4526 Albuquerque
N.M. 81706 USA
35)Letters & Essays (1886-1913)
Mirza Abdul Fadl (Terjemahan oleh Juan Ricordo Cole)
Kalimat Press 1088 Wilshire Bulevard Suite 700, Los Angeles CA
90024
36)Understanding The Islamic Explosion
Bernard Palmer
Harizan House Publisher Alberta, Canada 1980
37)Wanita Dimata dan Hati Rasulullah (Ceramah di Gereja Jursuit
Paris); Buku Asal: Women In The
Eyes And Heart Of Muhammad)
Ali Syari'ati ; Penterjemah:Sofian Abu Bakar
Penerbit Risalah Masa Jalan Awaludin 11, No. 8, Tanah Abang,
Jakarta Pusat
38)Siapa Mengapa Ahlul Bayt; Tajuk Asal: Ahlul Bayt
Penterjemah: Hassan Abdul Qadir
Penerbitan Umu Bandung
39)Setiap Bid'ah menyesatkan (1)
Rasul Dahri
Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru
40)Persoalan Bid'ah dan Percanggahannya
Rasul Dahri
Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru
Percetakan IWC Sdn. Bhd. No.78, Jln. 10/11 8B Desa Tun Razak
(Industrial Park) 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 19 Nov, 2002
Nombor Rujukan: 
 JMJ/03/014-2
Akta/Enakmen: 
 J. P.U. 47.

Sumber: Klik

Rokok


Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram – Jakim

Tonton video fatwa: Klik


Tuesday, 20 December 2011

Sumber rezeki tentukan keberkatan hidup


Halalan taiyyiban perlu penuhi setiap amalan baik digariskan Islam


HALALAN taiyyiban adalah kaedah yang terbukti memberi manfaat untuk meraih kejayaan serta keberkatan sumber rezeki umat Islam, juga kepada bukan Islam. Ia kaedah menyeluruh yang boleh diguna pakai dalam semua urus tadbir pemakanan, produk, perbankan dan perkhidmatan.
Namun, perkataan halal sering dikaitkan dengan makanan khususnya dalam aspek sembelihan atau sama ada mempunyai logo halal sedangkan kaedahnya sangat menyeluruh dan luas meliputi sumber, proses dan hasil usaha.

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. - Surah al-Baqarah, Ayat 168
Dari sudut hukum, halal memberi maksud apa yang dibolehkan oleh syarak. Menurut Imam Nawawi, baik atau taiyyiban bermaksud suci dan bersih dari segala keburukan amal seperti riak, sombong, angkuh, kecuaian, pecah amanah, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya.

Seseorang pernah bertanya kepada Ibn Abbas, bagaimana hasil kerja yang dilakukan dengan penganiayaan dan mengambil yang haram, kemudian ia mengerjakan haji, memerdekakan hamba dan bersedekah. Adakah itu dapat menyucikan harta yang diperoleh.

Ibn Abbas menjawab dengan tegas dan ringkas: “Sesungguhnya yang kotor tidak menghilangkan yang kotor.” Jawapan ini menunjukkan kualiti amalan zahir dan batin yang amat dititikberatkan walaupun rukun serta syarat sah amalan telah dipatuhi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian rasul. Maka Allah SWT berfirman: Hai sekalian rasul! Makanlah dari segala yang baik yang telah direzekikan kepada kamu. Kemudian ia menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Hai Tuhanku! Hai Tuhanku! Padahal makanannya haram, dan mulutnya disuapkan dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan apa dimakan seseorang itu hendaklah daripada sumber yang baik iaitu makanan itu baik dan sumber untuk mendapatkan makanan itu juga daripada jalan yang halal.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Antara sahabat Rasulullah SAW yang amat menitikberatkan sumber rezeki halal dan cara membelanjakan atau menggunakannya ialah Saad Abi Waqqas yang diriwayatkan berkata: “Aku tidak pernah mengangkat mulutku sesuatu makanan melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana pula keluarnya.”

Hal inilah yang diberi penekanan oleh Ibn Hajar al-Haitami dalam penjelasan hadis di atas iaitu Allah SWT tidak menerima sedekah daripada hasil haram kerana yang bersedekah telah mengambil hak dan menzalimi orang lain.

Konsep halalan taiyyiban adalah kefarduan yang mesti diperluaskan dan difahami sebagai kunci piawaian kualiti Islam termasuklah dalam konteks perkhidmatan.

Bagi memastikannya sampai kepada standard kualiti Allah dan pelanggan, halalan taiyyiban perlu diaplikasi dalam tujuh aspek meliputi niat bekerja, matlamat, sumber, operasi, penilaian, pengeluaran dan penyampaiannya.

Tujuh kitaran halalan taiyyiban dapat memastikan kelangsungan usaha menjadi ibadat dan berkat.

Daripada Jabir Abdullah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai Kaab bin ‘Ujrah Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk syurga jika terdapat daging yang tumbuh di dalam tubuh badannya daripada sumber yang haram.” (Hadis riwayat Ad-Darimi)

Justeru, dalam perkhidmatan, halal atau niat yang baik kerana Allah SWT, jujur dan bersih mengelak daripada sifat khianat, prejudis, prasangka serta bangga diri.

Halal matlamat bukan sekadar jelas, baik, boleh diukur, dicapai dan bermanfaat tetapi bebas daripada unsur yang boleh mendorong kepada penindasan, sabotaj, serta kepentingan peribadi. Halal sumber bermaksud diperoleh dengan berintegriti tanpa penipuan, rasuah, suapan, salahguna kuasa.

Halal proses dan operasi selain mempamerkan persekitaran tempat kerja yang bersih, ditekankan ialah halal dan baik berteraskan nilai seperti cermat, teliti, cekap, cepat, telus, mesra, bersungguh, konsisten dan tanpa kesilapan berulang serta tidak meninggalkan solat kerana bekerja.

Halal penilaian bermaksud dibuat dengan seadil yang mampu, menyeluruh, mengikut peraturan dan prosedur. Halal pengeluaran bermaksud memenuhi spesifikasi dan matlamat disasar tanpa kecacatan atau kecelaan produk, kos berpatutan, tanpa pembaziran serta eksploitasi.

Keseluruhan kitaran halalan taiyyiban menatijahkan pencapaian yang halal lagi baik iaitu bukan sekadar pada ukuran keuntungannya tetapi hasil usaha benar, jujur, beramanah, bermanfaat serta memenuhi kriteria pencapaian.

Justeru, pemakaian sebenar konsep halalan taiyyiban dalam semua urusan perlu dihayati untuk mencapai kualiti menyeluruh yang diberkati di dunia serta diberi ganjaran di akhirat kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak menerima melainkan yang baik.” (Hadis riwayat Muslim)

Sumber dan bacaan lanjut: Klik
Hadis Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya: 
Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku akan datang lewat semasa sembahyang Subuh nanti disebabkan oleh Si Polan yang memanjangkan sembahyangnya. Aku belum pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika memberi nasihat melebihi kemarahan baginda pada hari itu. Baginda bersabda: Wahai umatku sekalian! Sesungguhnya ada di antara kamu yang menjauhkan orang dari agama. Maka sesiapa di antara kamu menjadi imam, hendaklah dia mempercepatkan sembahyangnya kerana di belakangnya terdapat orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang-orang yang mempunyai keperluan lain.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #713,Bab Meminta Imam Supaya Mempercepat Sembahyang Tanpa Mencacat Sembahyang)

Cara memilih calon suami atau isteri


Tahukah bagaimana untuk mencapainya dan apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalam sebuah rumah tangga yang bahagia?

Perempuan yang dipilih jadi isteri.

Sunat bagi mereka yang hendak mendirikan rumah tangga memilih calon isteri yang mempunyi ciri-ciri berikut
• Perempuan yang beragama lagi solehah kerana sabda Nabi

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau.
Biar perempuan itu miskin atau tidak cantik, yang penting dia beragama, kerana perempuan yang beragama dapat menjaga dirinya dari melakukan pekara yang dibenci oleh suami.
• Perempuan yang sempurna akal, sekalipun cantik tapi akal yang tidak sempurna boleh merosakkan hubungan suami isteri. Mereka yang kurang akal tidak dapat menilai kebaikan yang suami telah beri kepadanya. Kebanyakan orang yang kurang akal adalah mereka yang tiada pendidikan agama.
• Anak dara kerana sabda Nabi

 عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ

Nikahlah dengan yang dara-dara kerana mereka itu manis percakapannya, suci rahimnya dan reda dengan yang sedikit.
• Perempuan yang baligh
• Perempuan yang banyak anak diketahui demikian itu dengan segala kerabatnya.

Lelaki yang patut jadi suami

Sunat bagi wali perempuan memilih suami anaknya yang menpunyi ciri-ciri berikut
• lelaki yang beragama.
• Bujang (belum pernah berkahwin)
 • Yang elok rupanya.
• Yang kuasa mendirikan hak (nafkah dan lainnya)

Sumber dan bacaan lanjut: Klik 

Zikir Munajat







Doa ringkas selepas solat



Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Sumber: Klik