Pengerusi dan Jawatan Kuasa Surau Nurul Jannah Kg Tersusun Bukit Jana Kamunting, Taiping, Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin muslimat khususnya kepada ahli kariah surau .... maaf zahir dan batin.
Dibangunkan oleh Biro Penerangan Surau Nurul Jannah untuk mendekatkan jemaah dengan aktiviti surau tanpa mengambilkira latarbelakang politik
Monday, 29 August 2011
Monday, 15 August 2011
Sunday, 14 August 2011
Sunday, 7 August 2011
Dianggap mahram padahal bukan mahram
Oleh
Ahmad Sabiq bin Abdul Latif
Pada kesempatan lalu telah dikupas masalah mahram bagi wanita. Nah pada kesempatan kali ini, kita semak perbahasan tentang beberapa kekeliruan sebahagian di kalangan kita dalam memahami mahram. Dilanjutkan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram. Semoga bermanfaat.
DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN
Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpai mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia mebawa kepada hal yan fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya. Oleh kerana itu diperlukan penerangan secepatnya.
Berikut ini beberapa orang yang sebenarnya bukan mahram tetapi dianggap mahram tersebut:
[1]. Ayah Dan Anak Angkat.
Hal ini berdasarkan firman Allah :
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]
Hal ini berdasarkan firman Allah :
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]
[2]. Sepupu (Anak kepada pakcik/makcik).
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:
“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian. [An-Nisa': 24]
Menjelaskan ayat tersebut, Syaikh Abdur Rohman Nasir As-Sa’di berkata:
” Hal itu seperti sepupu (dari sebelah ayah) dan sepupu(dari sebelah ibu)”. [Lihat Taisir Karimir Rohman hal 138-139]
[3]. Ipar.
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshor: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”. [HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172]
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshor: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”. [HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172]
Imam Baghowi berkata; ” Yang dimaksud di dalam hadits ini adalah saudara suami (ipar) kerana dia tidak termasuk mahram bagi si isteri. Dan seandainya yang dimaksudkan adalah mertua sedangkan dia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?” Lanjutnya: “Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian”.
[4]. Mahrom Lakonan.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; “Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; “Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.
JENIS-JENIS MAHRAM
[A]. MahrAm Kerana Nasab (Keluarga)Mahram dari sudut nasab adalah yang disebutkan oleh Allah Ta’ala di dalam surat An-Nur 31:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada :
suami mereka, atau
ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau
anak-anak lelaki mereka, atau
anak-anak lelaki suami mereka, atau
adik beradik lelaki mereka, atau
anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau
anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki), atau
wanita-wanita di kalangan mereka, atau
hamba-hamba yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
Para ulama’ tafsir menjelaskan: ” Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahrom bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, mereka adalah:
[1]. Ayah
Termasuk dalam katagori ayah (bapak) adalah datuk, baik dari bapak mahupun ibu. Juga bapak-bapak mereka ke atas. Adapun bapak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan firman Allah Ta’ala;
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. “[Al-Ahzab: 4]
Dan berkata Imam Muhammad Amin Asy Syinqithi rahimahullah, “Difahami daripada firman Allah Ta’ala ” Dan isteri anak kandungmu …” (QS. An Nisa: 23) bahawa isteri anak angkat tidak termasuk diharamkan, dan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 4, 37,40″ [Adlwaul Bayan 1/232]
Adapun bapak tiri dan bapak mertua akan dibahas pada babnya.
[2]. Anak Lelaki
Termasuk dalam kategori anak lelaki bagi wanita adalah: cucu, baik dari anak lelaki mahupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas. Dan tentang anak tiri dan anak menantu akan dibahas pada babnya.
[3]. Adik beradik lelaki, Baik Sekandung, Sebapak Atau Seibu Sahaja.
[4]. Anak-anak saudara (anak buah)
Bbaik dari adik beradik lelaki mahupun perempuan dan anak keturunan mereka. [Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233]
[5]. Pakcik
Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;
“Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya:”Apa yang kamu sembah sepeninggalku”. Mereka menjawab:”Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, …”. [Al-Baqarah :133]
Sedangkan Ismai’il adalah pakcik kepada putra-putra Ya’qub. [Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]
Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)
[B]. Mahram Kerana Penyusuan
Perbahasan ini dibahagi menjadi beberapa fasal:
[a]. Definisi Hubungan Penyusuan
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. [Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. [Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]
Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah lima kali persusuan pada hadits daripada Aisyah radhiallahu ‘anha.
“Termasuk yang di turunkan dalam Al-Qur’an bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.” [HR Muslim 2/1075/1452, Abu Daud 2/551/2062, Turmudhi 3/456/1150 dan lainnya) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama'. (lihat Nailul Author 6/749, Raudloh Nadiyah 2/175]
[b]. Dalil Hubungan Mahram Dari Hubungan Penyusuan.
Qur’an :
” … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …” [An-Nisa' : 23]
” … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …” [An-Nisa' : 23]
Sunnah :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda :
“Diharamkan daripada penyusuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab.” [HR Bukhori 3/222/2645 dan lainnya]
[c]. Siapakah Mahram Wanita Sebab Penyusuan?
Mahrom kerana sebab penyusuan seperti mahram dari nasab iaitu:
[1]. Bapak susuan (Suami ibu susu)
Termasuk juga datuk susuan aaitu bapak kepada bapak atau ibu susuan, juga bapak-bapak mereka ke atas.
[2]. Anak lelaki dari ibu susu
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
[3]. Saudara lelaki sepersusuan, baik kandung mahupun sebapak, atau seibu dulu.
[4]. Anak buah persusuan, baik dari saudara susu lelaki atau perempuan, juga keturunan mereka
[5]. Pakcik persusuan (Saudara lelaki bapak atau ibu susu)
(Lihat Al Mufashol 3/160 dengan beberapa tambahan)
[C]. Mahram Karena Mushoharoh
[a]. Definisi Mushoharoh
Berkata Imam Ibnu Atsir; ” Shihr adalah mahram karena pernikahan.” [An Niyah 3/63]
Berkata Imam Ibnu Atsir; ” Shihr adalah mahram karena pernikahan.” [An Niyah 3/63]
Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; ” Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah dengan wanita tersebut selam-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan, mertua perempuan. [Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]
[b]. Dalil Mahram Sebab Mushaharoh
Firman Allah:
Firman Allah:
“Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka….” [An-Nur 31]
“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…” [An-Nisa' : 22]
“Diharamkan atas kamu (mengahwini) …ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]
[c]. Siapakah Mahrom Wanita Dari Sebab Mushoharoh
Ada lima yakni :
[1]. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:
[1]. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:
“Adapun suami, maka semua ini (bolehnya menampakkan perhiasan, perintah menundukkan pandangan dari orang lain-pent-) memang diperuntukkan baginya. Maka seorang istri berbuat sesuatu untuk suaminya yang tidak dilakukannya dihadapan orang lain.: [Tafsir Ibnu Katsir 3/267]
[2]. Ayah Mertua (Ayah Suami)
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
[3]. Anak Tiri (Anak Suami Dari Isteri Lain)
Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki mahupun perempuan, begitu juga keturunan mereka [Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
[4]. Ayah Tiri (Suami Ibu Tapi Bukan Bapak Kandungnya)
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan [Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan [Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]
[5]. Menantu Laki-Laki (Suami putri kandung) [Lihat Al Mufashol 3/162]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya. [Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya. [Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]
[Disalin dengan sedikit diringkas dari: Majalah "Al Furqon", Edisi 3 Th. II, Syawal 1423, hal 29-32]
Sunday, 31 July 2011
Formula Imam al-Ghazali mencari malam Lailatul Qadar
- jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan.
- Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.
- Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
- Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.
Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.
Sumber: Klik
Pengerusi Surau Nurul Jannah
TAJUK:
Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin
seorang Tokoh yang Disegani
seorang Tokoh yang Disegani
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU101
DISEDIAKAN OLEH:
Nur Atikah Binti Zainal Abidin
No Matrik :2010868666
Kumpulan :ECD1ce
PROGRAM:
Diploma Kejuruteraan Awam
(EC110)
TARIKH HANTAR:
23 September 2010
ISI KANDUNGAN
TAJUK:
Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj. Meor Amaluddin seorang Tokoh
yang Disegani.
yang Disegani.
1. Isi Kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Huraian
· Latar Belakang Tokoh
· Sumbangan
5. Penutup
6. Rujukan
ABSTRAK
TAJUK
Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj. Meor Amaluddin seorang Tokoh yang Disegani
ABSTRAK
Tn. Hj. Meor Abdullah Bin Hj. Meor Amaluddin seorang tokoh yang disegani dan dihormati di kawasan Kampung Tersusun Bukit Jana. Dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau merupakan seorang imam di Surau Nurul Al-Jannah dan juga Ketua Kampung di Perkampungan Tersusun Bukit Jana. Seorang ahli ulama’ yang banyak ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Beliau juga banyak memegang jawatan penting dalam institusi keagamaan. Hal ini kerana banyak sumbangan yang telah dibuat oleh beliau dikariah ini. Antaranya, ialah memberi idea untuk membina Surau Nurul Al-Jannah di kawasan ini, Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Nizomiyyah dan banyak lagi. Selain itu, banyak aktiviti surau yang dilakukan oleh beliau dan ahli jemaah surau yang lain bagi membangunkan dan mengembangkan ilmu agama iaitu ilmu fardhu ‘ain dan juga fardhu kifayah di surau di kawasan ini. Sifat kesederhanaan yang dimilikki oleh beliau membuatkan para penduduk di sini amat menyenangi kehadiran beliau sebagai ketua kampung kerana bersikap peramah dan prihatin terhadap kebajikan para penduduk di kawasan ini. Dalam masa yang sama, beliau seorang yang tegas dalam hal-hal mengenai hukum Allah.
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya akhirnya tugasan yang diberikan dapat saya siapkan dengan jayanya.Semasa cuti pertengahan semester saya telah menemubual seorang tokoh dikariah saya iaitu Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin.Beliau merupakan seorang imam dan juga ketua kampung dikariah Perkampungan Tersusun Bukit Bukit Jana. Temubual ini bertujuan ini bertujuan untuk mengetahui mengenai sumbangan dan aktiviti yang telah dilakukan oleh beliau dan ahli jawatankuasa surau semenjak Surau Nurul Al-Jannah ditubuhkan di kawasan ini. Beliau seorang tokoh agama dan ahli ulama’ yang disegani di kawasan perkampungan ini. Beliau juga tidak lokek untuk berkonsi ilmu agama bersama ahli jemaah dikariah ini, dan semasa sesi temubual tersebut, banyak ilmu yang dikongsi oleh beliau.
HURAIAN
LATAR BELAKANG TOKOH
Saya telah menemubual seorang tokoh dikariah saya iaitu Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin. Beliau seorang tokoh yang disegani dikariah tempat saya tinggal. Beliau dilahirkan di Lenggong,Perak pada 7 April 1948. Merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik. Semasa kecil beliau dan keluarga beliau pernah tinggal di Makkah selama lima tahun. Beliau berkahwin dengan isterinya, Sarah Binti Nyah Puteh yang berasal dari Langkawi, Kedah.Hasil perkahwinan beliau dengan isterinya, mereka telah dikurniakan tiga orang cahayamata, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak pertama diberi nama Meor Muhammad Maswira, kedua Wan Nasyatul Fariza, dan yang bongsu bernama Meor Muhammad Khairi. Tn.Hj.Meor bersekolah Al-Manshur, Penang. Sebelum memegang jawatan sebagai imam dikariah saya, beliau bekerja sebagai Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). Beliau mula menetap di kawasan ini awal tahun 1990 dan mula memegang jawatan sebagai Ketua Kampung pada tahun 2005 (merangkap sebagai JKKK) iaitu Jawatankuasa Kemajuaan & Keselamatan Kg. Banyak jawatan yang dipegang oleh beliau antaranya ialah Pengerusi Surau Nurul Al-Jannah, Pengerusi Masjid Jamek Kg Pasir Batu 41/2 Kamunting, Pengerusi LA 21 (Local Agenda) Pusat Kejiranan Bukit Jana, Pengerusi Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Zon Taiping, Jawatankuasa Pertubuhan Informasi Islam Perak.
SUMBANGAN
Beliau dan ahli jemaah Surau Nurul A-Jannah dikariah ini banyak melakukan kebajikan kepada penduduk kampung dikawasan ini. Antaranya ialah melakukan khairat kematian, membantu dan bergotong royong apabila majlis kenduri kendara diadakan. Selain itu, rondaan malam (dibawah kawalan Rukun Tetangga) dan juga SRS (Skim Rondaan Sukarela) diadakan dikawasan kejiranan ini bagi membendung perkara yang tidak diigini berlaku di kawasan kampung ini. Tambahan lagi, pelbagai bentuk sumbangan turut diberikan kepada orang miskin, OKU (orang kurang upaya), anak-anak yatim dan juga ibu tunggal tidak kira melalui individu mahupun persatuan.
Baru-baru ini pada bulan kemerdekaan yang selalu disambut pada setiap 31 Ogos dengan meriah oleh seluruh rakyat Malaysia, pihak Surau Nurul Al-Jannah telah memberi tajaan yang berupa Jalur Gemilang bagi setiap rumah dikariah ini. Tujuannya untuk membangkitkan perasaan patriotisme dalam kalangan penduduk di kawasan ini. Selain memberi Jalur Gemilang kepada penduduk, Pertandingan Hiasan Kampung dan Taman Perumahan juga turut diadakan bagi memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain dan mengeratkan perpaduan diantara kaum kerana penduduk dikawasan ini berbilang bangsa dan agama.
Manakala semasa bulan Ramadhan pada tahun ini pihak surau telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi tali silaturahim sesama Islam.Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini, ialah majlis khatam Al-Quran yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat dewasa lelaki, peringkat dewasa perempuan dan peringkat kanak-kanak. Tidak ketinggalan juga program berbuka puasa bersama anak-anak yatim seramai 23 orang. Sumbagan bubur lambuk kepada sumua penduduk sepanjang bulan Ramadhan. Selain itu, sebelum bulan Ramadhan juga pihak surau telah mengadakan aktiviti seperti ceramah Maulud Nabi, Isra’ Mikraj,perubatan secara Islam, dan tidak ketinggalan juga Hari Keluarga turut diadakan bagi mengukuhkan lagi ukhwah sesama muslim. Mengadakan kursus memandikan jenazah muslimin dan muslimah pada hari yang berasingan bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagaimana cara untuk memandikan jenazah dengan betul.
Sejarah penubuhan Surau Nurul Al-Jannah yang telah berusia kira-kira 20 tahun. Hal ini kerana, surau ini ditubuhkan pada awal 90-an dan pada ketika itu penduduk yang menetap disini hanya ada 50 buah rumah sahaja. Pada waktu itu juga terdapat sebuah tapak masjid yang disimpan khas ole kerajan. Oleh hal demikian, beliau dan pihak jawatankuasa yang lain telah bersepakat memohon tapak tersebut untuk dijadikan surau bagi memudahkan penduduk yang beragama Islam beribadat dan menjalankan kewajipan mereka sebagai umat Islam. Selepas permohonan telah diluluskan, jawatankuasa pembinaan telah bertindak dengan mencari sumber dan peruntukan daripada PLB. Kos pembinaan keseluruhan surau ialah sebanyak RM 150 ribu ringgit. Selepas itu, pihak jawatankuasa telah berbincang untuk mendirikan pula Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi mengukuhkan lagi pengetahuan anak-anak dikariah ini mengenai hal ehwal agama. Pihak jawatankuasa telah memohon untuk mendirikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang peruntukannya sebanyak RM 620 ribu ringgit tidak termasuk peralatan seperti meja, kerusi dan lain-lain. Punca sumber kewangan daripada Pembangunan Luar Bandar (PLB), kerajaan dan orang ramai. Sebuah dewan bersebelahan Sekolah Agama Rakyat telah disewakan untuk aktiviti orang ramai dan wang sewaan tersebut dijadikan sebagai dana untuk menampung keperluan SAR. Setelah itu, untuk menambahkan ilmu pengetahuan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa dikariah ini, pihak Surau Nurul Al-Jannah telah menyediakan sebuah bangunan yang bersebelahan dengan surau untuk mendirikan sebuah perpustakaan yang diberi nama Perpustakaan Desa. Diperpustakaan ini mereka telah menyediakan dua buah komputer yang bertujuan untuk celik IT pada masa kini yang serba canggih.
PENUTUP
PENUTUP
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, akhirnya dapat juga saya siapkan tugasan CTU 101 ini. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa Tn. Hj. Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin seorang pemimpin yang berwibawa dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang Imam yang dan juga ketua kampung. Tranformasi yang berlaku dikariah ini tidak akan berjaya jika pengikut tidak menghormati pemimpin . Tn. Hj. Meor Abdullah Zawawi Bin. Hj. Meor Amaluddin amat dihormati oleh penduduk di kawasan ini. Disebabkan sikap toleransi dan sifat mahmudah yang ada pada diri beliau membuatkan ahli jemaah patuh dan menyenangi cara beliau memimpin dan kepimpinan beliau dapat dibuktikan apabila beliau menyandang beberapa jawatan penting dalam institusi keagamaan.
RUJUKAN
· Temuramah bersama Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin.
![]() |
| Kunjungan ke rumah Tokoh |
![]() |
| Rumah Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi |
| Kunjungan ke Surau Nurul Al-Jannah |
| Tempat untuk para Muslimah Beribadat |
| Sekolah Rendah Agama Nurul Nizomiyyah |
| Melawat ke SAR |
| Lawatan ke Perpustakaan Desa |
| Perpustakaan Desa |
| Dewan Serbaguna untuk orang ramai |
| Kawasan Dewan |
Sumber: Klik
Subscribe to:
Posts (Atom)


Srms berkata
Muhamat Puhat berkata
1. Apakah hukumnya anak saudara perempuan disebelah isteri saya bersalam dengan saya?
2. Ada pendapat menyatakan bahawa haram bersalam seorang ibu saudara dengan anak saudara lelaki dari adik beradik perempuan tetapi dibolehkan bersalam jika dari saudara lelaki.Benarkah?
Arief berkata
Zirah berkata
Mohd Masri berkata