Sunday, 4 December 2011

Puisi Guru

PUISI GURU...

Wahai Anak,
Dengar....

Bertaqwalah kamu kepada Allah,
Kerana itu akan membawa seluruh dunia kepada kamu.

Cintalah Rasulullah,
Kerana itu akan membuat dunia lihat hebat diri kamu.

Bacalah Al-Qur'an,
Kerana itu akan menjadi teman buat kamu.

Banyakkan Selawat,
Kerana itu akan membuatkan rasulullah cinta kepada kamu.
Ikhlaskan diri mu,
Sabarlah kamu,
Istiqamahlah anak ku.

Kerana,
Kata Rasulullah,
Bagi Allah itu ada ahlinya,
Dan Ahli Allah adalah Hamlatul Qur'an, Itu adalah kamu.
Kamu dalam usaha menjadi Ahli Allah.
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah.
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah.

Kerana,
Allah itu adalah Allah, Tiada tuhan melainkan Allah.
Azab Allah sangat dahsyat.
Wahai Anak,
Dengar...

Kamu anak-anak yang hebat,
Kamu anak-anak yang kuat,
Kuat semangat,
Banyak selawat,
Tingkatkan zikir munajat,
Pohon ampun doa dipanjat,
Buat Allah, Tuhan alam sejagat.

Redho kami para ustazah dan ustaz,
bersama kamu dari dunia sampai akhirat.

Ingat,
Ini pesanan ringkas dan singkat,
buat tatapan, renungan kamu sepanjang hayat.

Doa kami, ustazah dan ustaz,
Agar bahagia, cergas dan sihat,
Untuk terus berbakti kepada umat,
Agar terus membimbing kejalan selamat,
mengikut jejak rasul dan sahabat.

Semoga kita bersama mendapat berkat,
Redho dan syafa'at,
di hari kita berhadapan dengan Allah yang hebat.
Insyallah,selamat.


by
Don Daniyal Don Biyajid

Satu puisi yang dihasilkan ketika Redho Mua'lim...28.01.2011


Sumber: Klik


Kelebihan berpuasa 10 Muharram


Friday, 2 December 2011

Mengapa yahudi menanam pokok gharqad?




Hadis Abu Hurairah r.a: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang Yahudi. Orang-orang Islam memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai orang-orang Islam! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi.

Go For Green... 1-Orang 1-Gharqad Tree...Idea Siapa dan Untuk Apa?

Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai 
keyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (Dajjal) akan 
muncul untuk mengetuai mereka. Sementara, kaum Kristian pula amat yakin 
dengan kehadiran Al Masih (Nabi Isa a.s) muncul memimpin mereka. Manakala 
kita kaum muslimin yakin penuh dengan kedatangan ketiga-tiga mereka ini: 
Al-Mahadi, Al-Moshaikh (Dajjal) dan Al-Masih Isa a.s.

Sesungguhnya Kaum Yahudi sudah lama mempercayai akan kedatangan era 
Imam Mahadi. Tetapi oleh kerana sikap egoistik kaum ini sejak turun temurun 
menyebabkan mereka tidak boleh menerima kenyataan demikian. Malahan 
mereka lebih percaya pula kepada Dajjal sebagai pemimpin agung untuk 
menyelamatkan suku kaum keturunan mereka.

Dalam keadaan ketakutan, mereka bersiap siaga memperlengkapkan ketahanan 
geografi negara mereka dengan membina tembok2 batu yang tinggi, menanam
pokok Gharqad dan menempah banyak pedang2 titanium. Apapun mereka
laksanakan, hari di mana mereka akan disembelih di bumi Israel semakin hampir.
Tidak hairanlah mengapa mereka kepingin sangat menakluki negara Afghanistan.
Kerana mereka percaya tentang hadis "Panji-panji Hitam dari arah Khurasan..."

Pokok Gharqad, satu2nya pokok yang tidak bersuara ketika mana kaum Yahudi 
bersembunyi disebaliknya. Lalu mereka menjadikan pokok ini sebagai penyelamat 
kepada keturunan Yahudi seantero dunia. Maka lahirlah kempen Go For Green. 
Seluruh dunia menyokong kempen ini. Kerana di mana sahaja ada Yahudi maka 
kempen ini akan dikemundangkan, malahan diiktiraf dengan penganugerahan 
sijil sebagai 'bersekutu' menyelamatkan bangsa Yaahudi.






Lihat sahaja slogan mereka di bawah ini "Save The Gharqad Tree". Untuk apa 
mereka membuat kempen tersebut jika tidak ada perkara yang tersirat 
disebaliknya. Mungkin di sana tersohor dengan ONE-YAHUDI ONE-GHARQAD TREE



Cuma persoalannya.... Apakah ada di kalangan negara Islam JUGA turut serta

mengambil bahagian dalam kempen GO FOR GREEN yang diwar2kan oleh Israel ini? 
Jika ada sungguh malang sekalilah negara itu mempunyai pemimpin yang 
sama-sama bersekongkol dengan pemimpin laknatullah INI. Wallahu A'lam.

Sumber: Klik


Thursday, 13 October 2011

Majlis bacaan Yasin

Majlis Bacaan surah Yasin mohon restu untuk pelajar yang bakal menduduki SPM, STPM akan diadakan pada 20/10/2011 (Khamis) selepas solat maghrib bertempat di Surau Nurul Jannah RPT Bukit Jana Kamunting ... semua dijemput hadir ...

Sunday, 18 September 2011

Merokok Haram Dari Pandangan Islam


Keputusan: 

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
 
Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Sumber: Klik

Majlis Sambutan Hari Raya dan Merapatkan Silaturahim

Tarikh  : 20/9/2011 (Selasa)
Masa   : 9.00 mlm
Tempat: Perkarangan Surau Nurul Jannah, RPT Bukit Jana, Kamunting
Semua ahli kariah surau Nurul Jannah berserta keluarga dijemput hadir ... sumbangan dialu-alukan.