Sunday, 31 July 2011

Formula Imam al-Ghazali mencari malam Lailatul Qadar

  • jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.
  • Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
  • Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.

Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.

Sumber: Klik

Pengerusi Surau Nurul Jannah


TAJUK:
Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin 
seorang Tokoh yang Disegani


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU101


DISEDIAKAN OLEH:
Nur Atikah Binti Zainal Abidin
No Matrik :2010868666
Kumpulan :ECD1ce


PROGRAM:
Diploma Kejuruteraan Awam
(EC110)


TARIKH HANTAR:
23 September 2010



ISI KANDUNGAN

  
       TAJUK:
       Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj. Meor Amaluddin seorang Tokoh 
       yang Disegani.

1.      Isi Kandungan
2.      Abstrak
3.      Pendahuluan
4.      Huraian
· Latar Belakang Tokoh
· Sumbangan

5.      Penutup
6.      Rujukan


ABSTRAK


TAJUK
Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj. Meor Amaluddin seorang Tokoh yang Disegani

ABSTRAK

Tn. Hj. Meor Abdullah Bin Hj. Meor Amaluddin seorang tokoh yang disegani dan dihormati di kawasan Kampung Tersusun Bukit Jana. Dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau merupakan seorang imam di Surau Nurul Al-Jannah dan juga Ketua Kampung di Perkampungan Tersusun Bukit Jana. Seorang ahli ulama’ yang banyak ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Beliau juga banyak memegang jawatan penting dalam institusi keagamaan. Hal ini kerana banyak sumbangan yang telah dibuat oleh beliau dikariah ini. Antaranya, ialah memberi idea untuk membina  Surau Nurul Al-Jannah di kawasan ini, Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Nizomiyyah dan banyak lagi. Selain itu, banyak aktiviti surau yang dilakukan oleh beliau dan ahli jemaah surau yang lain bagi membangunkan dan mengembangkan ilmu agama iaitu ilmu fardhu ‘ain dan juga fardhu kifayah di surau di kawasan ini. Sifat kesederhanaan yang dimilikki oleh beliau membuatkan para penduduk di sini amat menyenangi kehadiran beliau sebagai ketua kampung kerana bersikap peramah dan prihatin terhadap kebajikan para penduduk di kawasan ini.  Dalam masa yang sama, beliau seorang yang tegas dalam hal-hal mengenai hukum Allah.



PENDAHULUAN


PENDAHULUAN

Bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya akhirnya tugasan yang diberikan dapat saya siapkan dengan jayanya.Semasa cuti pertengahan semester saya telah menemubual seorang tokoh dikariah saya iaitu Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin.Beliau merupakan seorang imam dan juga ketua kampung dikariah Perkampungan Tersusun Bukit Bukit Jana. Temubual ini bertujuan  ini bertujuan untuk mengetahui mengenai sumbangan dan aktiviti yang telah dilakukan oleh beliau dan ahli jawatankuasa surau semenjak Surau Nurul Al-Jannah ditubuhkan di kawasan ini. Beliau seorang tokoh agama dan ahli ulama’ yang disegani di kawasan perkampungan ini. Beliau juga tidak lokek untuk berkonsi ilmu agama bersama ahli jemaah dikariah ini, dan semasa sesi temubual tersebut, banyak ilmu yang dikongsi  oleh beliau.   



HURAIAN

LATAR BELAKANG TOKOH

Saya telah menemubual seorang tokoh dikariah saya iaitu Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin. Beliau seorang tokoh yang disegani dikariah tempat saya tinggal. Beliau dilahirkan di Lenggong,Perak pada 7 April 1948. Merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik. Semasa kecil beliau dan keluarga beliau pernah tinggal di Makkah selama lima tahun. Beliau berkahwin dengan isterinya, Sarah Binti Nyah Puteh yang berasal dari Langkawi, Kedah.Hasil perkahwinan beliau dengan isterinya, mereka telah  dikurniakan tiga orang cahayamata, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak pertama diberi nama Meor Muhammad Maswira, kedua Wan Nasyatul Fariza, dan yang bongsu bernama Meor Muhammad Khairi. Tn.Hj.Meor bersekolah Al-Manshur, Penang. Sebelum memegang jawatan sebagai imam dikariah saya, beliau bekerja sebagai Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). Beliau mula menetap di kawasan ini awal tahun 1990 dan mula memegang jawatan sebagai Ketua Kampung pada tahun 2005 (merangkap sebagai JKKK) iaitu Jawatankuasa Kemajuaan & Keselamatan Kg. Banyak jawatan yang dipegang oleh beliau antaranya ialah Pengerusi Surau Nurul Al-Jannah, Pengerusi Masjid Jamek Kg Pasir Batu 41/2 Kamunting, Pengerusi LA 21 (Local Agenda) Pusat Kejiranan Bukit Jana, Pengerusi Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Zon Taiping, Jawatankuasa Pertubuhan Informasi Islam Perak.


SUMBANGAN

Beliau dan ahli jemaah Surau Nurul A-Jannah dikariah ini banyak melakukan kebajikan kepada penduduk kampung dikawasan ini. Antaranya ialah melakukan khairat kematian, membantu dan bergotong royong apabila majlis kenduri kendara diadakan. Selain itu, rondaan malam (dibawah kawalan Rukun Tetangga) dan juga SRS (Skim Rondaan Sukarela) diadakan dikawasan kejiranan ini bagi membendung perkara yang tidak diigini berlaku di kawasan kampung ini. Tambahan lagi, pelbagai bentuk sumbangan turut diberikan kepada orang miskin, OKU (orang kurang upaya), anak-anak yatim dan juga ibu tunggal tidak kira melalui individu mahupun persatuan.

Baru-baru ini pada bulan kemerdekaan yang selalu disambut pada setiap 31 Ogos dengan meriah oleh seluruh rakyat Malaysia, pihak Surau Nurul Al-Jannah telah memberi tajaan yang berupa Jalur Gemilang  bagi setiap rumah dikariah ini. Tujuannya untuk membangkitkan perasaan patriotisme dalam kalangan penduduk di kawasan ini. Selain memberi Jalur Gemilang kepada penduduk, Pertandingan Hiasan Kampung dan Taman Perumahan juga turut diadakan bagi memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain dan mengeratkan perpaduan diantara kaum kerana penduduk dikawasan ini berbilang bangsa dan agama.

Manakala semasa bulan Ramadhan pada tahun ini pihak surau telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi tali silaturahim sesama Islam.Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini, ialah majlis khatam Al-Quran yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat dewasa lelaki, peringkat dewasa perempuan dan peringkat kanak-kanak. Tidak ketinggalan juga program berbuka puasa bersama anak-anak yatim seramai 23 orang. Sumbagan bubur lambuk kepada sumua penduduk sepanjang bulan Ramadhan. Selain itu, sebelum bulan Ramadhan juga pihak surau telah mengadakan aktiviti seperti ceramah Maulud Nabi, Isra’ Mikraj,perubatan secara Islam, dan tidak ketinggalan juga Hari Keluarga turut diadakan bagi mengukuhkan lagi ukhwah sesama muslim. Mengadakan kursus memandikan jenazah muslimin dan muslimah pada hari yang berasingan bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagaimana cara untuk memandikan jenazah dengan betul.

Sejarah penubuhan Surau Nurul Al-Jannah yang telah berusia kira-kira 20 tahun. Hal ini kerana, surau ini ditubuhkan pada awal 90-an dan pada ketika itu penduduk yang menetap disini hanya ada 50 buah rumah sahaja. Pada waktu itu juga terdapat sebuah tapak masjid yang disimpan khas ole kerajan. Oleh hal demikian, beliau dan pihak jawatankuasa yang lain telah bersepakat memohon tapak tersebut untuk dijadikan surau bagi memudahkan penduduk yang beragama Islam beribadat dan menjalankan kewajipan mereka sebagai umat Islam. Selepas permohonan telah diluluskan, jawatankuasa pembinaan telah bertindak dengan mencari sumber dan peruntukan daripada PLB. Kos pembinaan  keseluruhan surau ialah sebanyak RM 150 ribu ringgit. Selepas itu, pihak jawatankuasa telah berbincang untuk mendirikan pula Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi mengukuhkan lagi pengetahuan anak-anak dikariah ini mengenai hal ehwal agama. Pihak jawatankuasa telah memohon untuk mendirikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang peruntukannya sebanyak RM 620 ribu ringgit tidak termasuk peralatan seperti meja, kerusi dan lain-lain. Punca sumber kewangan daripada Pembangunan Luar Bandar (PLB), kerajaan dan orang ramai. Sebuah dewan bersebelahan Sekolah Agama Rakyat telah disewakan untuk aktiviti orang ramai dan wang sewaan tersebut dijadikan sebagai dana untuk menampung keperluan SAR. Setelah itu, untuk menambahkan ilmu pengetahuan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa dikariah ini, pihak Surau Nurul Al-Jannah telah menyediakan sebuah bangunan yang bersebelahan dengan surau untuk mendirikan sebuah perpustakaan yang diberi nama Perpustakaan Desa. Diperpustakaan ini mereka telah menyediakan dua buah komputer yang bertujuan untuk celik IT pada masa kini yang serba canggih.



PENUTUP


PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, akhirnya dapat juga saya siapkan tugasan CTU 101 ini. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa Tn. Hj. Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin seorang pemimpin yang  berwibawa dalam menjalankan tugasnya sebagai  seorang Imam yang dan juga ketua kampung. Tranformasi yang berlaku dikariah ini tidak akan berjaya jika pengikut tidak menghormati pemimpin . Tn. Hj. Meor Abdullah Zawawi Bin. Hj. Meor Amaluddin amat dihormati oleh penduduk di kawasan ini. Disebabkan  sikap toleransi dan sifat mahmudah yang ada pada diri beliau membuatkan ahli jemaah patuh dan menyenangi cara beliau memimpin dan kepimpinan beliau  dapat dibuktikan apabila beliau menyandang beberapa jawatan penting dalam institusi keagamaan.


RUJUKAN

·         Temuramah bersama Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi Bin Hj.Meor Amaluddin.
 
Kunjungan ke rumah Tokoh
 
 
Rumah Tn.Hj.Meor Abdullah Zawawi
 

 
Kunjungan ke Surau Nurul Al-Jannah

Tempat untuk para Muslimah Beribadat

Sekolah Rendah Agama Nurul Nizomiyyah
Melawat ke SAR
Lawatan ke Perpustakaan Desa
Perpustakaan Desa


Dewan Serbaguna untuk orang ramai

Kawasan Dewan


Sumber: Klik

Saturday, 30 July 2011

25 pesanan Luqmanul Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sumber: Klik

Friday, 29 July 2011